Sebak! Bapa cerita kronologi anak 2 tahun dikelar ibu kandungnya sendiri...

Sebak! Bapa cerita kronologi anak 2 tahun dikelar ibu kandungnya sendiri... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Sebak! Bapa cerita kronologi anak 2 tahun dikelar ibu kandungnya sendiri..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Sebak! Bapa cerita kronologi anak 2 tahun dikelar ibu kandungnya sendiri...
Link Artikel/Video : Sebak! Bapa cerita kronologi anak 2 tahun dikelar ibu kandungnya sendiri...

Baca juga


Sebak! Bapa cerita kronologi anak 2 tahun dikelar ibu kandungnya sendiri...


IBU yang bertindak mengelar anak kandungnya berusia dua tahun di FELDA Jengka 13, Maran, malam tadi dikatakan tidak sedar dengan tindakannya itu.

Bapa kepada anak malang itu, Muhammad Rizal Jusoh, 41, berkata, isterinya itu juga sangat melindungi ketiga-tiga anak mereka berusia antara dua hingga tujuh tahun, termasuk anak bongsu pasangan itu yang maut dalam kejadian berkenaan.

"Biasanya, kalau saya marah anak-anak, dia pasti akan memarahi saya dan sentiasa mempertahankan anak kami. Saya sendiri pun tidak sangka dia akan bertindak sedemikian, memang tidak terlintas pun dalam fikiran saya sendiri dia sanggup melakukan perbuatan itu.

"Dari semalam dia bertanyakan saya, siapa bunuh anak kita... memang dia tidak sedar (ketika mengelar) apa yang sudah dia lakukan dan saya pun tidak pasti apa punca sebenar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Nur Rashdan maut selepas dikelar ibu kandungnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak mengelar bahagian leher anak lelakinya itu.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental. Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 10 malam tadi oleh kakitangan Hospital Jengka yang menghubungi Balai Polis Bandar Pusat Jengka.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kami serta dibantu Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu rumah keluarga terbabit bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan awal," katanya.

Sementara itu, Muhammad Rizal berkata, isterinya ada mengalami masalah kemurungan sejak awal Mei lalu dan pernah dibawa untuk mendapatkan rawatan Islam kerana dikhuatiri akibat gangguan makhluk halus.

Ketika diminta menceritakan kembali detik terakhir sebelum kejadian itu, Muhammad Rizal berkata, isterinya sedang mengaji Al-Quran di dalam bilik, sementara itu dia sedang menjaga anaknya yang sedang tidur sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di ruang tamu.

"Selepas dia (isteri) selesai membaca Al-Quran, dia datang ke ruang tamu dan memberitahu saya ingin membawa anak ke bilik tidur.

"Tidak lama kemudian, saya terdengar suara anak menangis lemah... saya terus meluru ke bilik dan terkejut apabila melihat isteri sedang memegang pisau dan mengelar leher Muhammad Nur Rashdan.

"Saya terus menolak isteri dan mengambil anak untuk dibawa ke Hospital Jengka bagi pemeriksaan. Pegawai perubatan di situ mengesahkan anak sudah meninggal dunia," katanya.

Difahamkan, proses bedah siasat terhadap mangsa sedang dijalankan 10 pagi tadi di Unit Perubatan Forensik Hospital Jengka.

Sumber HM