Lelaki mengamuk bunuh isteri, mentua

Lelaki mengamuk bunuh isteri, mentua - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lelaki mengamuk bunuh isteri, mentua, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lelaki mengamuk bunuh isteri, mentua
Link Artikel/Video : Lelaki mengamuk bunuh isteri, mentua

Baca juga


Lelaki mengamuk bunuh isteri, mentua


Bangkok: Seorang lelaki menembak mati isteri serta bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri selepas berlaku pertengkaran di hospital di Nakhon Pathom.

Dalam kejadian Jumaat lalu itu, lelaki terbabit, Chaiyaporn Chaowanakamon, 31, membawa isterinya, Thanyamas Thanamsri, 26, untuk pemeriksaan selepas mengalami pelbagai masalah kesihatan sejak melahirkan anak sulung mereka enam bulan lalu.

Pasangan itu turut ditemani bapa Thanyamas, Samphan Thanamsri, 60.

Ketika menunggu, Chaiyaporn mula bertengkar dengan bapa mentuanya yang dilaporkan tidak sukakan lelaki itu disebabkan tidak bekerja dan dianggap pemalas.

Malah ketika kejadian, saksi berkata mendengar Samphan menyuruh anaknya meninggalkan suaminya itu.

Kerana malu, Chaiyaporn mengajak isterinya keluar berbincang disebabkan ruang menunggu dipenuhi pesakit lain serta keluarga mereka.

Bagaimanapun, Samphan melarang Thanyamas keluar menyebabkan Chaiyaporn marah lalu tiba-tiba mengeluarkan pistol dari begnya dan terus menembak mereka.

Dia kemudian menembak diri sendiri di kepala mengakibatkan cedera parah yang akhirnya meragut nyawanya, semalam.

Menurut laporan, Samphan ditembak dua kali di kepala manakala anaknya, Thanyamas ditembak di dada, tangan dan belakang.

Dua orang awam turut mengalami cedera ringan termasuk seorang wanita yang pengsan ketika kejadian. - Agensi

Sumber HM