Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Tun M

Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Tun M - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Tun M, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Tun M
Link Artikel/Video : Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Tun M

Baca juga


Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Tun M


PUTRAJAYA ― Tidak dapat dipastikan sama ada peralihan kuasa perdana menteri kepada ketua umum PKR boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjara, sebagai perdana menteri menunggu.

Pengerusinya berkata keutamaan kini adalah untuk mengembalikan kekayaan negara dan menstabilkan ekonomi selain menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau boleh dalam masa terdekat, saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.

“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.

Sumber PMM