Ismail Kassim buka mulut, dedah punca keluar UMNO!

Ismail Kassim buka mulut, dedah punca keluar UMNO! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ismail Kassim buka mulut, dedah punca keluar UMNO!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ismail Kassim buka mulut, dedah punca keluar UMNO!
Link Artikel/Video : Ismail Kassim buka mulut, dedah punca keluar UMNO!

Baca juga


Ismail Kassim buka mulut, dedah punca keluar UMNO!


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar Umno hari ini untuk menjadi Adun Bebas.

Beliau yang juga adik Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, juga memberitahu bakal menyertai Pakatan Harapan melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Lapor Harian Metro, keputusan beliau untuk menjadi Adun Bebas atas beberapa faktor antaranya beliau sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

“Secara rasminya saya sudah keluar dari Umno dan BN untuk menjadi wakil rakyat bebas dalam negeri ini.

“Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepimpinan parti,” katanya.

Ismail berkata, keputusan keluar parti itu sudah mula difikirkan sejak 2008 iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.

“Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat.

“Terutamanya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat… maka saya perlu seiringan dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Jelasnya, keputusan beliau itu dibuat tanpa pengetahuan abangnya dan menyifatkan dirinya saya bukanlah boneka.

“Melalui pengumuman ini secara tidak langsung beliau (Shahidan) akan tahu. Saya nak buktikan bahawa soal adik beradik tak timbul dalam politik dan saya berharap dengan keputusan ini semua pihak dapat menerima dengan lapang dada,” katanya.

Ismail mula menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu iaitu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.

Pada PRU-14 lalu, Ismail berjaya mengekalkan kemenangan BN di Dun Tambun Tulang dan namanya antara yang dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Perlis oleh abangnya sebelum Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Sumber MD