'Saya sedia beri tuisyen percuma kepada UMNO/BN untuk jadi pembangkang' - Lim Kit Siang

'Saya sedia beri tuisyen percuma kepada UMNO/BN untuk jadi pembangkang' - Lim Kit Siang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Saya sedia beri tuisyen percuma kepada UMNO/BN untuk jadi pembangkang' - Lim Kit Siang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Saya sedia beri tuisyen percuma kepada UMNO/BN untuk jadi pembangkang' - Lim Kit Siang
Link Artikel/Video : 'Saya sedia beri tuisyen percuma kepada UMNO/BN untuk jadi pembangkang' - Lim Kit Siang

Baca juga


'Saya sedia beri tuisyen percuma kepada UMNO/BN untuk jadi pembangkang' - Lim Kit Siang


Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Bung Moktar Radin semalam berkongsi tips dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, bagaimana mahu menjadi pembangkang yang berjaya susulan kekalahan BN pada PRU14 lalu. 

Menurut Bung, UMNO harus mengamalkan pemikiran dan modus operandi sama seperti Pakatan Harapan yang sebelum ini menjadi pembangkang termasuk membuat sesuatu tuduhan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang. 

"Sebab itulah mereka perlu belajar bagaimana untuk menjadi pembangkang. Kita perlu mengukuhkan parti kita, kita berjuang seperti pembangkang sebelum membentuk kerajaan. 

"Mereka bertarung dengan Kerajaan BN tanpa henti. Mereka terus membuat spekulasi dan akibatnya, banyak daripada mereka dituduh di mahkamah. Mereka hanya tahu menghentam UMNO dan BN, mereka tidak peduli. 
"Jadi, kita mahu bekerja seperti itu atau lebih baik daripada pembangkang sebelum ini," katanya. 

Bagaimanapun bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tips yang dikongsikan oleh Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu hanya akan menjadikan UMNO sebagai pembangkang buat selama-lamanya. 

"Petua Bung akan jadikan UMNO sebagai pembangkang selamanya, tidak akan dapat kembali ke koridor kuasa. 

"Sepanjang 53 tahun saya dalam politik pembangkang, saya tidak pernah bergerak dengan cara yang digambarkan oleh Bung dalam berperanan sebagai pemimpin pembangkang dan saya boleh mengatakan perkara yang sama terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang lain.

"Saya sedia untuk memberi tuisyen percuma kepada UMNO/BN tentang cara untuk menjadi pembangkang yang membina dan berkesan kerana saya mahu melihat keputusan PRU14 pada 9 Mei menumbuhkan demokrasi dengan akar yang kuat di Malaysia. 

"(Ini) bermakna mekanisme semak dan imbang bukan hanya pada parti pemerintah sendiri tetapi juga peranan yang efektif dan konstruktif daripada pembangkang, media dan masyarakat madani.

"Tetapi jelas bukan peranan pembangkang yang dibayangkan oleh Bung, yang tidak jujur, merosakkan dan memecahkan masyarakat Malaysia yang demokratik dan berjaya," katanya.