WIN! Khairy 'BIDAS' Tun Mahathir Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru

WIN! Khairy 'BIDAS' Tun Mahathir Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk WIN! Khairy 'BIDAS' Tun Mahathir Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : WIN! Khairy 'BIDAS' Tun Mahathir Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru
Link Artikel/Video : WIN! Khairy 'BIDAS' Tun Mahathir Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru

Baca juga


WIN! Khairy 'BIDAS' Tun Mahathir Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru


Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjalankan satu lagi projek kereta nasional sebagai langkah terkebelakang.

Ini kerana, menurut Khairy, projek berkenaan bakal menelan belanja besar kepada kerajaan selain ia tidak mesra alam.

"Tatkala projek pengangkutan awam seperti MRT3 dibatalkan, pengumuman projek kereta nasional yang baru adalah satu langkah regresif dan terkebelakang.

"Bukan sahaja projek kereta nasional ini tidak mesra alam dari segi pelepasan karbon dioksida, tetapi juga bakal menelan belanja yang besar kepada kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan projek pengangkutan awam," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Pada sidang media di Nikkei, Jepun hari ini Dr Mahathir menegaskan beliau berhasrat untuk menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China.

Sebanyak 49.8 peratus saham Proton dijual kepada peneraju baru Geely tahun lalu ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

DRB-Hicom yang menjadi milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih memiliki 50.1 peratus saham dalam Proton.

Kaji semula MRT3

Selain itu, menurut Khairy, projek kereta nasional akan menambah kos kepada rakyat melalui duti eksais yang mencecah hingga 105 peratus.

Jumlah itu, tambah ketua Pemuda Umno itu, membebankan pengguna yang ingin membeli kereta jenama selain kereta nasional.

"Melainkan projek kereta nasional baru ini akan menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya, saya tidak nampak kebaikan dan manfaatnya kepada rakyat, ekonomi negara dan alam sekitar.

"Ini juga banyak bergantung kepada kemampuan kita dalam mencapai ekonomi skala.

"Kalau skala pengeluarannya kecil, sasaran impak ekonomi yang diingini mungkin tidak akan dicapai," ujar bekas menteri belia dan sukan itu lagi.

Sehubungan itu, Khairy mencadangkan agar kerajaan melalui jemaah menteri perlu memperhalusi perkara itu sedalamnya sebelum bersetuju meneruskan projek berkenaan.

Selain itu, Khairy turut menyarankan agar kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak swasta bagi menambahbaik last-mile connectivity seperti penyelesaian perkhidmatan e-hailing dengan menggunakan kenderaan dan motosikal.

Menegaskan tentang kepentingan MRT3, Khairy berkata kerajaan perlu mengkaji semula projek itu di masa akan datang.

"Kajian menyeluruh dari segi kemungkinan (feasibility) termasuk bagaimana untuk mengurangkan kos untuk projek MRT3 (perlu) dihidupkan semula pada masa akan datang atau dengan menggunakan sistem yang lebih menjimatkan kos seperti Bas Rapid Transit (BRT) yang tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja," katanya.

Sumber MK