Mengejutkan! Tun M Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru Lepas Proton Dijual

Mengejutkan! Tun M Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru Lepas Proton Dijual - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mengejutkan! Tun M Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru Lepas Proton Dijual, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mengejutkan! Tun M Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru Lepas Proton Dijual
Link Artikel/Video : Mengejutkan! Tun M Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru Lepas Proton Dijual

Baca juga


Mengejutkan! Tun M Mahu Buat Projek Kereta Nasional Baru Lepas Proton Dijual

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.

Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.

"Kami berharap untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional dengan bantuan rakan-rakan dari negara-negara Asia seperti Thailand, Jepun, Korea dan China memandangkan wujud kemampuan untuk mengeluarkan kereta yang berkualiti yang boleh dipasarkan di seluruh dunia. Kami mahu memasuki pasaran dunia," katanya.

Dr Mahathir juga menyatakan Proton yang diilhamkannya pada 1983 bukan lagi sebuah pengeluar kereta nasional memandangkan ia sudah dijual kepada Geely, sebuah syarikat automotif dari China.

Sumber Awani