(Video) Polis geledah rumah dipercayai simpan barang Najib di Putrajaya

(Video) Polis geledah rumah dipercayai simpan barang Najib di Putrajaya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (Video) Polis geledah rumah dipercayai simpan barang Najib di Putrajaya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (Video) Polis geledah rumah dipercayai simpan barang Najib di Putrajaya
Link Artikel/Video : (Video) Polis geledah rumah dipercayai simpan barang Najib di Putrajaya

Baca juga


(Video) Polis geledah rumah dipercayai simpan barang Najib di Putrajaya


PUTRAJAYA - Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah kuarters berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Precint 10 di sini hari ini.

Difahamkan kuarters yang terletak berhadapan dengan Seri Perdana, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri tersebut telah diperiksa oleh pihak polis sejak beberapa hari lalu dan dipercayai mempunyai barangan milik Najib.

Turut kelihatan pihak polis membawa keluar beberapa kotak yang tidak diketahui kandungannya ke dalam sebuah van.

Polis tiba di kediaman tersebut dengan menaiki empat buah kereta polis kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

Menurut jiran yang enggan dikenali, rumah itu telah ditinggalkan sejak setahun lalu dan kali terakhir ia dihuni oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh.

Sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry pernah meme­gang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan an­taranya sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Sabah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak, Pengarah Pejabat Pembangunan Kelantan, Pengu­rus Besar Lembaga Kemajuan Ke­lantan (Kesedar) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pe­lak­sanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Shukry kemudian dilantik sebagai Pe­nge­rusi Bank Rakyat pada tahun 2016.

Sumber- K! ONLINE