Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini "AMARAN" Tun Mahathir

Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini "AMARAN" Tun Mahathir - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini "AMARAN" Tun Mahathir, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini "AMARAN" Tun Mahathir
Link Artikel/Video : Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini "AMARAN" Tun Mahathir

Baca juga


Kapal Perang China Di Laut China Selatan. Ini "AMARAN" Tun Mahathir



TIDAK SETUJU DENGAN KEHADIRAN KAPAL PERANG CHINA

Perdana menteri tidak bersetuju dengan kehadiran kapal perang China di Laut Cina Selatan dan mencadangkan penyelesaian “aman” dengan negara-negara Asean bekerjasama mengawal perairan itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga mencadangkan kapal perang tidak digunakan, sebaliknya kapal kecil yang mampu menghadapi ancaman lanun.

“Saya rasa tidak patut ada terlalu banyak kapal perang. Kapal perang menyebabkan ketegangan.

“Suatu hari seseorang mungkin buat salah dan pertempuran akan berlaku, sesetengah kapal akan musnah dan mungkin juga berlaku perang.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong.

Mahathir mencadangkan kawalan bersama negara-negara Asean kerana laut itu dikelilingi negara-negara itu.

Selain China dan Malaysia, Laut China Selatan turut menyaksikan perkongsian sempadan antara Vietnam, Filipina dan Indonesia.

“Tetapi jika China mahu turut serta dengan bot kecil, mereka dialu-alukan.

“Sesiapa saja, malah Amerika Syarikat pun jika mereka mahu ambil bahagian, jangan bawa kapal perang di sini,” tambahnya.

Mahathir berkata China juga mempunyai kelebihan jika lautan itu dibiarkan terbuka kerana ia dapat menggalakkan perdagangan.

Beliau membangkitkan Selat Melaka sebagai contoh perdagangan bebas yang mendukung laluan air. (Sumber: Malaysiakini & KMO)