KJ tak sepatutnya tanding Presiden, Ku Li akhirnya buka mulut tindakan "memandai" KJ!

KJ tak sepatutnya tanding Presiden, Ku Li akhirnya buka mulut tindakan "memandai" KJ! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KJ tak sepatutnya tanding Presiden, Ku Li akhirnya buka mulut tindakan "memandai" KJ!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KJ tak sepatutnya tanding Presiden, Ku Li akhirnya buka mulut tindakan "memandai" KJ!
Link Artikel/Video : KJ tak sepatutnya tanding Presiden, Ku Li akhirnya buka mulut tindakan "memandai" KJ!

Baca juga


KJ tak sepatutnya tanding Presiden, Ku Li akhirnya buka mulut tindakan "memandai" KJ!


KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyindir tindakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu parti itu.

Katanya, tindakan "memandai" Khairy Jamaluddin itu berisiko kerana bagi setiap pertandingan ada yang kalah dan menang.

"Pandai sangat dia (KJ) ingin bertanding sepatutnya dia tidak bertanding.

"Orang yang bertanding ada risiko, ... ada yang menang, ada kalah. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak baik. Masa depan akan ditentukan masa depan," katanya menjawab soalan ketika sesi soal jawab pada majlis ramah mesra dengan beliau di kediamannya di sini hari ini.

Seorang wakil pemuda bertanya mengenai nasib Khairy Jamaluddin sekiranya beliau menang jawatan Presiden pada pemilihan parti itu kerana ramai mahu figura penting dalam UMNO dikekalkan.

Pada pemilihan UMNO Sabtu ini, selain Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin bertanding jawatan Presiden, tiga calon lain turut disenaraikan ialah Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin daripada UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membekukan akaun UMNO, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan mencari jalan untuk memastikan wang UMNO dikembalikan secepat mungkin.

Katanya, tindakan SPRM itu mengikut undang-undang dan setiap tindakan ada reaksi yang boleh diambil.

"Kita akan mencari jalan bagaimana boleh mencairkan (aset). Apa yang sah harta parti seberapa cepat yang boleh kita akan selamatkan," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Tengku Razaleigh menyatakan keyakinan bahawa UMNO mampu menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tanpa menunggu lima tahun.

"Kita mungkin boleh (kembali) berkuasa lebih awal jika bertindak dengan keinsafan, mengubah cara bertindak dan 'berlagak' dengan orang di akar umbi, " katanya.

Beliau berkata, perjuangan UMNO yang ada tidak perlu diubah sebaliknya parti itu perlu memulangkan balik integriti dan kredibiliti parti.

"Kita perlu menarik kembali keyakinan dan kepercayaan orang ramai kepada kita. UMNO dalam aspek perjuangan sangat sempurna dan tidak perlu kita menimbang membuka UMNO kepada orang lain (bangsa lain).

"Kalau hendak menjadi parti yang pelbagai kaum, mereka boleh masuk DAP. UMNO adalah parti orang Melayu," katanya.

Sumber BH