Serbuan sekolah pondok, MB Perak akhirnya bersuara!

Serbuan sekolah pondok, MB Perak akhirnya bersuara! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Serbuan sekolah pondok, MB Perak akhirnya bersuara!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Serbuan sekolah pondok, MB Perak akhirnya bersuara!
Link Artikel/Video : Serbuan sekolah pondok, MB Perak akhirnya bersuara!

Baca juga


Serbuan sekolah pondok, MB Perak akhirnya bersuara!


IPOH: Kerajaan negeri sedang menunggu laporan lengkap daripada agensi yang terbabit dalam serbuan di sebuah sekolah pondok tahfiz di Gopeng sebelum mengambil tindakan susulan.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau perlu mengetahui perkara sebenar terlebih dulu sebelum mengeluarkan komen mengenai serbuan itu yang menjadi tular di laman sosial.

"Saya sudah mengarahkan semua agensi yang membuat serbuan itu memberi laporan lengkap kepada saya.

"Kalau benar serbuan dibuat, kemudian ujian air kencing juga diambil serta memeriksa setiap pelajar di situ ketika mereka sedang kuliah dan sebagainya sebagaimana didakwa dalam media sosial, bagi saya ini tindakan melampau," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar LAP, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said.

Serbuan di Pondok Kadir Al-Jaafar, Gua Tempurung di Gopeng yang dikatakan berlaku semalam tular selepas gambar serbuan dimuat naik di laman Facebook (FB) milik Datuk Dr Yahya Baba.

Menurut kenyataan dalam FB itu, hampir 100 penguat kuasa dari Pejabat Daerah dan Tanah Kampar; Jabatan Imigresen; Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP); Jabatan Kebajikan Masyarakat; Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis menggempur pondok berkenaan ketika pelajar sedang mengikuti kuliah.

Dikatakan penguat kuasa memeriksa lesen premis, mengambil ujian air kencing pelajar, memeriksa kebersihan dan sebagainya.

Serbuan dipercayai apabila pusat tahfiz itu yang didirikan sejak 2010 beroperasi di atas tanah bukan milik pengusahanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat kesimpulan kerana kerajaan negeri akan menyiasat punca dan tujuan serbuan itu dijalankan.

"Namun saya pelik kenapa perkara ini boleh berlaku dan bagaimana serbuan boleh buat dengan cara sedemikian.

"Bagi saya, ia perlu disiasat sedalam-dalamnya dan satu kenyataan akhbar akan dibuat (nanti)," katanya.

Ditanya adakah kerajaan negeri akan membeli tanah itu, Ahmad Faizal berkata, beliau perlu memahami situasi sebenar sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya kena faham dulu kenapa agensi itu bertindak sedemikian. Apakah ada aduan, apakah ada maklumat lain yang kita tidak tahu?

"Jadi jangan kita mudah membuat kesimpulan, benarkan saya untuk mendapat maklumat tambahan sebelum membuat pengumuman lanjut," katanya.

Sumber BH