Lepas KJ, Najib Pula BIDAS Mahathir Projek Kereta Nasional Baru, Memang WIN!

Lepas KJ, Najib Pula BIDAS Mahathir Projek Kereta Nasional Baru, Memang WIN! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lepas KJ, Najib Pula BIDAS Mahathir Projek Kereta Nasional Baru, Memang WIN!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lepas KJ, Najib Pula BIDAS Mahathir Projek Kereta Nasional Baru, Memang WIN!
Link Artikel/Video : Lepas KJ, Najib Pula BIDAS Mahathir Projek Kereta Nasional Baru, Memang WIN!

Baca juga


Lepas KJ, Najib Pula BIDAS Mahathir Projek Kereta Nasional Baru, Memang WIN!


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3) daripada memulakan sebuah lagi syarikat kereta nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, kerajaan tidak harus melaksanakan semula langkah pelindung yang hanya membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan tinggi.

“Semasa saya menjadi perdana menteri, saya jadikan satu keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur menerusi pengurangan cukai beransur-ansur dan dengan memperkenalkan insentif sambil memperluas projek pengangkutan awam,” katanya menerusi catatan Facebook dan Twitter hari ini.

Beliau mendakwa susulan itu, harga kereta kini semakin murah berbanding ketika beliau mula-mula menjadi perdana menteri, manakala penggunaan pengangkutan awam melonjak.

“Bagi jangka panjang, langkah untuk membetulkan masalah legasi masa lalu akan memberi manfaat kepada rakyat dengan penjimatan ratusan bilion ringgit sambil menyediakan pilihan pengangkutan lebih cekap, keberkesanan kos, kurang sesak dan mencemarkan.

“Jangan batal projek-projek pengangkutan awam sedemikian hanya kerana saya yang mulakan dan kembali kepada projek semata-mata atas faktor kebanggaan yang akan lebih memudaratkan rakyat.”

Terdahulu, hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional baru.

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-21 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di Tokyo, beliau berkata, Proton yang ditubuhkan pada 1983 bukan lagi kereta nasional.

Sumber FMT