Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno

Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno
Link Artikel/Video : Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno

Baca juga


Mejar Razali putus dengan Jamal, keluar Umno


Salah seorang pemimpin Umno cawangan, Mejar(B) Razali Zakaria hari ini mengumumkan keluar Umno namun tidak menyertai BERSATU, sebaliknya hanya menyokong kerajaan HARAPAN di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tak..tak..saya tak masuk BERSATU..cuma kita menyatakan sokongan penuh pada Tun M.. dan mengambil pendirian untuk jadi pemerhati kepada kerajaan baru..untuk check and balance.." katanya.

Bagaimanapun, Mejar(B) Razali yang dilihat dekat dengan ketua Umno bahagian Sungai Besar yang dikehendaki polis, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau juga telah memutuskan hubungan dengan Jamal kerana tidak yakin dengannya.

"Saya dah lama tinggalkan dia..dalam 6 bulan lepas...sebab saya nampak dia ni berjuang untuk diri dia sendiri

"...bila polis nak tahan, dia lari," kata Razali yang juga bekas ketua cawangan Umno Tasik Jaya Bandar, Cheras.

Sebelum itu, Razali dan beberapa ketua Umno cawangan serta NGO membuat pengumuman tersebut pada sidang media di Senawang, Negeri Sembilan hari ini.

Razali, yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) dilihat memainkan peranan penting dalam gerakan Baju Merah.

Sumber MK