Mengejutkan! KPN Dedah 3 Jabatan Polis Yang Mungkin Dibubarkan

Mengejutkan! KPN Dedah 3 Jabatan Polis Yang Mungkin Dibubarkan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mengejutkan! KPN Dedah 3 Jabatan Polis Yang Mungkin Dibubarkan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mengejutkan! KPN Dedah 3 Jabatan Polis Yang Mungkin Dibubarkan
Link Artikel/Video : Mengejutkan! KPN Dedah 3 Jabatan Polis Yang Mungkin Dibubarkan

Baca juga


Mengejutkan! KPN Dedah 3 Jabatan Polis Yang Mungkin Dibubarkan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membubarkan beberapa pasukan siasatan khas sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula entiti itu dalam waktu terdekat.

Tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan pembubaran itu diharap
dapat menjadikan PDRM dipandang tinggi oleh masyarakat.

"Kita harap selepas keputusan (penstrukturan) itu dibuat masyarakat akan rasa PDRM adalah organisasi yang berhemah dan berintergriti.

"Kita tidak boleh membuat keputusan terburu-buru dan perlu mengambil kira cadangan PDRM. Saya akan mengumumkannya dalam masa dua minggu," katanya.

Penstrukturan semula PDRM itu akan dibuat selepas mengambil kira pandangan pucuk pimpinan PDRM dan akan diumumkan dalam masa dua minggu.

Tambah Muhyiddin, penstrukturan semula agensi keselamatan itu akan turun melibatkan penjawatan anggota dan pegawainya.

Beliau sebelum itu hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3 Cawangan Khas di Bukit Aman pada Selasa.

Sementara itu, (KPN) Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara pasukan khas yang berkemungkinan dibubarkan adalah Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

"Pasukan khas ini tidak akan digantikan dengan pasukan lain tetapi kita akan buat penstrukturan semula," katanya.

Sumber AA