Najib Sedih Tidak Dapat Berkomunikasi Dengan Rakyat

Najib Sedih Tidak Dapat Berkomunikasi Dengan Rakyat - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Najib Sedih Tidak Dapat Berkomunikasi Dengan Rakyat, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Najib Sedih Tidak Dapat Berkomunikasi Dengan Rakyat
Link Artikel/Video : Najib Sedih Tidak Dapat Berkomunikasi Dengan Rakyat

Baca juga


Najib Sedih Tidak Dapat Berkomunikasi Dengan Rakyat

BEKAS perdana menteri Najib Razak meluahkan kesedihannya selepas beliau hanya mempunyai sedikit akses kepada media untuk berkomunikasi dengan rakyat.

Bekas pengerusi Barisan Nasional itu berkata beliau hanya boleh berkomunikasi dengan rakyat menerusi media sosialnya.

"Saya berasa sedih kerana tidak mempunyai banyak saluran untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia, kecuali media sosial," katanya menerusi Twitter dan video yang dimuat naik hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, walaupun bukan lagi dalam kerajaan, BN perlu kekal berkhidmat kepada rakyat walau dalam apa jua cara sekalipun.

"Raya kali ini adalah berbeza. Kita bukan lagi dalam kerajaan.

"Tetapi perjuangan kami ialah untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara sentiasa selamat dan kebajikan rakyat dijaga. Kami akan terus melakukannya," kata Najib.

Najib meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden Umno selepas pakatannya kalah teruk pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Beliau berkata beliau telah memperoleh "kebijaksanaan" daripada ujian tetapi tidak menyatakan apakah ia.

"Ramadan kali ini berbeza dengan yang sebelum ini kerana saya dan rakan-rakan bukan lagi dalam kerajaan.

"Ramadan ini keluarga dan saya melalui pelbagai ujian dan kami hadapi ujian ini sebagai cabaran kerana kebijaksaan yang kita kecap telah menyebabkan saya menjadi lebih ikhlas dan untuk menjadi lebih reflektif diri.

Sumber TMI