Pertembungan peguam ternama dijangka dalam kes 1MDB

Pertembungan peguam ternama dijangka dalam kes 1MDB - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pertembungan peguam ternama dijangka dalam kes 1MDB, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pertembungan peguam ternama dijangka dalam kes 1MDB
Link Artikel/Video : Pertembungan peguam ternama dijangka dalam kes 1MDB

Baca juga


Pertembungan peguam ternama dijangka dalam kes 1MDB

Para peguam ternama yang bakal bertembung dalam kes 1MDB. Grafik The Star.
Pertembungan antara peguam ternama dijangka akan berlaku apabila kerajaan Malaysia mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara yang baru dilantik, Tommy Thomas dan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dijangka mewakili kerajaan Malaysia dalam kes ini.

Tommy yang sebelum ini pernah disenaraikan dalam 500 peguam terbaik Asia melalui The Asia Pacific Legal 500 adalah orang terbaik untuk tugas ini, lapor The Star.

Sementara itu, Najib telah melantik bekas Peguam Negara Amerika di bawah George W. Bush, John Ashcroft.

Turut dijangka menjadi peguam Najib adalah para peguam terkenal dari Amerika, David Boies dan juga Matthew Schwartz.

Rosmah pula dikatakan akan diwakili oleh dua peguam tempatan iaitu Datuk K. Kumarasendran dan Datuk Gheetan Ram Vincent.

Kedua-duanya menemani Rosmah ketika disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, lapor The Star.

Jho Low juga dikatakan mempunyai peguam terbaik termasuk peguam yang aktif di Amerika dan United Kingdom, Robin Rathmell.

Sumber MD