Anwar tegur Guan Eng bongkar penipuan kerajaan BN

Anwar tegur Guan Eng bongkar penipuan kerajaan BN - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Anwar tegur Guan Eng bongkar penipuan kerajaan BN, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Anwar tegur Guan Eng bongkar penipuan kerajaan BN
Link Artikel/Video : Anwar tegur Guan Eng bongkar penipuan kerajaan BN

Baca juga


Anwar tegur Guan Eng bongkar penipuan kerajaan BN

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng disaran supaya bijak mengimbangi antara tanggungjawab untuk meyakinkan pelabur, dan kepentingan untuk membongkar segala penipuan dan penyelewengan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

"Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif.

"Setiap kenyataan (oleh Menteri Kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur," kata Anwar ketika rakaman temubual program 'AI' yang akan disiarkan 8.15 malam, Khamis ini.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan ditanya mengenai laporan terbaharu oleh Moody's Investors Service yang menyatakan bahawa fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi.

Senario itu dibimbangi terus menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing kepada pasaran modal Malaysia.

"Tetapi, dalam keadaan sekarang, menteri juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian, membongkar penipuan.

"Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran," jelas Anwar.

Tambahnya, langkah tersebut membolehkan Guan Eng lebih fokus terhadap usaha mententeramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Sumber AA