Rupanya ini sebab penjaga gol Mesir tolak terima anugerah, memang respek!

Rupanya ini sebab penjaga gol Mesir tolak terima anugerah, memang respek! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rupanya ini sebab penjaga gol Mesir tolak terima anugerah, memang respek!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Sukan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rupanya ini sebab penjaga gol Mesir tolak terima anugerah, memang respek!
Link Artikel/Video : Rupanya ini sebab penjaga gol Mesir tolak terima anugerah, memang respek!

Baca juga


Rupanya ini sebab penjaga gol Mesir tolak terima anugerah, memang respek!


MOSCOW: Penjaga gol Mesir, Mohamed El-Shenawy memilih untuk menolak daripada menerima trofi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dalam pertemuan Kumpulan A menentang Uruguay kerana ia ditaja oleh Budweiser.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu menampilkan beberapa aksi menyelamat hebat untuk menafikan percubaan berbahaya Edinson Cavani dan Luis Suarez sebelum bolos di tangan Jose Gimenez pada minit ke-89 untuk negaranya tewas 0-1.

Sekali pun tewas, aksi memukau El-Shenawy cukup untuk memastikan dia diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan dalam perlawanan di Arena Ekaterinburg.

Tetapi apabila diberitahu memenangi anugerah berkenaan, penjaga gol kelab El-Ahly itu memilih untuk tidak menerimanya berikutan ia ditaja oleh syarikat gergasi bir, Budweiser.

El-Shenawy beragama Islam dan bagi memenuhi tuntutan agama yang melarang pengambilan minuman beralkohol, dia menolak daripada menerima piala berwarna merah daripada syarikat itu.

Budweiser adalah penaja utama Piala Dunia 2018 di Russia selepas menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa untuk menjadi penaja minuman alkohol rasmi kepada temasya terbesar dunia itu.

Mesir muncul antara tujuh negara Islam yang beraksi di Russia bersama Arab Saudi, Maghribi, Iran, Tunisia, Senegal dan Nigeria.

Selain negara berkenaan, terdapat beberapa pemain Muslim yang beraksi termasuk pemain Perancis Paul Pogba dan Mesut Ozil (Jerman).

Mesir seterusnya akan berdepan tuan rumah Russia dalam pertemuan kedua esok sebelum melengkapkan aksi Kumpulan A menentang Arab Saudi pada 25 Jun ini.

Sumber BH