Jamal paling layak jadi Ketua Pemuda Umno

Jamal paling layak jadi Ketua Pemuda Umno - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Jamal paling layak jadi Ketua Pemuda Umno, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Jamal paling layak jadi Ketua Pemuda Umno
Link Artikel/Video : Jamal paling layak jadi Ketua Pemuda Umno

Baca juga


Jamal paling layak jadi Ketua Pemuda Umno


KUALA LUMPUR – Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yakin calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Jamal Yunos paling layak mengisi posisi berkenaan.

Armand berkata, bersandarkan kepada ‘track record’ Jamal, beliau paling menyerlah untuk mengumpulkan barisan anak muda untuk bangkit melawan bersama.

“Berdasarkan kepada ‘report card’ Jamal menganjurkan himpunan baju merah.

“Jamal telah berjaya mengumpulkan kekuatan anak muda untuk turun ke jalanan,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Armand turut mengesahkan, Jamal masih berada dalam negara dan mendoakan keselamatan sahabatnya di mana juga berada.

“Jamal cuma bersembunyi daripada kerajaan terkini yang tidak mengamalkan ‘rule of law’ sebaliknya mempraktiskan ‘rule of the jungle’.

“Di mana tindakan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan)sekadar ingin mengenakan Jamal,” katanya merujuk perbualannya dengan Jamal.

Armand yakin, Jamal tidak bersalah kerana belum dibuktikan bersalah.

Beliau turut mengesahkan bahawa Jamal akan mempertahankan posisi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Sumber SH