Rumah Jamal dipecah masuk raya ketiga...pelik tak ambil duit, tapi!

Rumah Jamal dipecah masuk raya ketiga...pelik tak ambil duit, tapi! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rumah Jamal dipecah masuk raya ketiga...pelik tak ambil duit, tapi!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rumah Jamal dipecah masuk raya ketiga...pelik tak ambil duit, tapi!
Link Artikel/Video : Rumah Jamal dipecah masuk raya ketiga...pelik tak ambil duit, tapi!

Baca juga


Rumah Jamal dipecah masuk raya ketiga...pelik tak ambil duit, tapi!


AMPANG -  Kediaman milik Ketua Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos di sini dipecah masuk pada Ahad lalu, iaitu pada hari raya ketiga oleh empat lelaki yang tidak dikenali dan mengambil beberapa barangan miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga kediaman tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Kesemua suspek memperkenalkan diri mereka sebagai pengawal peribadi Jamal dan mahu memasuki rumah tersebut untuk mengambil beberapa barangan milik Jamal.

“Antara barangan yang diambil adalah satu beg pakaian, beg tangan berjenama, pakaian, cermin mata pelbagai jenama dan beberapa barangan lain serta dua dekoder televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memastikan tiada bukti rakaman mereka memasuki rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Fadzil menambah, mereka memberitahu pengawal itu bahawa mereka mahu mengambil pakaian dan kasut kerana tidak dibayar gaji oleh Jamal.

“Jumlah kerugian keseluruhan masih belum dapat dipastikan lagi.

“Suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” ujarnya.

Mahkamah Majistret pada 1 Jun lalu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal kerana melarikan diri daripada tahanan sah di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan

Jamal dilapor meloloskan diri ke Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia, dua hari selepas disiasat di bawah Akta Senjata Api 1960.

Sumber K