SAH! Adun DAP buat laporan polis terhadap Apandi Ali, bekas Ketua Hakim Negara

SAH! Adun DAP buat laporan polis terhadap Apandi Ali, bekas Ketua Hakim Negara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk SAH! Adun DAP buat laporan polis terhadap Apandi Ali, bekas Ketua Hakim Negara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : SAH! Adun DAP buat laporan polis terhadap Apandi Ali, bekas Ketua Hakim Negara
Link Artikel/Video : SAH! Adun DAP buat laporan polis terhadap Apandi Ali, bekas Ketua Hakim Negara

Baca juga


SAH! Adun DAP buat laporan polis terhadap Apandi Ali, bekas Ketua Hakim Negara


IPOH - Adun Malim Nawar, Leong Cheok Keng meminta polis menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan atau Seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan di bawah seksyen berkenaan adalah berkaitan penjawat awam yang ingkar arahan undang-undang dengan niat menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau pelucutan harta di samping kesalahan-kesalahan lain dalam bidang kuasa siasatan Polis Diraja Malaysia.

“Beliau atas kapasitinya sebagai Peguam Negara sebelum ini tidak menjalankan tugas sebaiknya berhubung siasatan kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion.

“Mohamed Apandi menyatakan siasatan terhadap kes tersebut tidak menunjukkan sumbangan dana yang diberikan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan dengan kapasiti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Cheok Keng ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh bersama beberapa anggota DAP termasuk Adun Keranji Chong Zhemin di sini.

Cheok Keng membuat laporan polis berkenaan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa tindakan hanya boleh diambil jika laporan polis dibuat terhadap bekas peguam negara itu.

“Saya berbuat demikian sebagai respons kepada Muhyiddin kerana sehingga kini masih belum ada laporan polis dibuat terhadap Mohamed Apandi,” katanya.

Sementara itu, Zhemin berkata siasatan perlu dijalankan bagi memastikan sama ada wujud salah laku yang melangkaui kedudukan Mohamed Apandi sebagai peguam negara sebelum ini.

“Kami berharap Peguam Negara baharu Tommy Thomas dapat bertindak berdasarkan laporan polis  dibuat untuk memutuskan sama ada Mohamed Apandi telah melanggar kedua-dua seksyen,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis tersebut kira-kira 10.30 pagi tadi.  - Bernama

Sumber Sinar