Tak Sangka! Ini Respons Jurulatih Jerman Selepas Kalah Kepada Korea, Tersingkir Awal!

Tak Sangka! Ini Respons Jurulatih Jerman Selepas Kalah Kepada Korea, Tersingkir Awal! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tak Sangka! Ini Respons Jurulatih Jerman Selepas Kalah Kepada Korea, Tersingkir Awal!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, Info Sukan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tak Sangka! Ini Respons Jurulatih Jerman Selepas Kalah Kepada Korea, Tersingkir Awal!
Link Artikel/Video : Tak Sangka! Ini Respons Jurulatih Jerman Selepas Kalah Kepada Korea, Tersingkir Awal!

Baca juga


Tak Sangka! Ini Respons Jurulatih Jerman Selepas Kalah Kepada Korea, Tersingkir Awal!


KAZAN: Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan masa depannya selepas juara dunia itu tersingkir seawal pusingan pertama sejak 1938.

Pengendali berusia 58 tahun itu yang membimbing Jerman sejak 2006 dan baru-baru ini menyambung kontrak sehingga 2022 berkata, beliau bertanggungjawab dengan kegagalan itu selepas tewas kepada Mexico dan Korea Selatan pada aksi peringkat kumpulan.

"Agak sukar untuk bercakap mengenai perkara ini. Saya memerlukan sedikit masa," kata Loew ketika ditanya jika beliau mahu kekal di Jerman.

"Saya terkejut kami gagal meneruskan kemaraan. Saya sangat kecewa dengan penyingkiran ini tetapi apapun saya memerlukan masa untuk untuk memikirkan segala-galanya," katanya lagi.

Pengurus pasukan, Oliver Bierhoff berkata, Loew yang membantu Jerman memenangi Piala Dunia empat tahun lalu, akan kekal dengan jawatannya itu.

"Loew sudah menandatangani lanjutan kontrak, jadi saya jangkakan ia kekal seperti itu.

"Bagaimanapun bukan perkara ini yang perlu dibincangkan. Kami perlu melakukan analisis mengapa kegagalan ini berlaku," katanya.

Jerman perlu menewaskan Korea Selatan atau mengharapkan keputusan lebih baik Sweden apabila bertemu Mexico dalam saingan Kumpulan F untuk menjamin tempat ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, mereka melepaskan dua gol pada masa kecederaan sekali gus menyaksikan Sweden dan Mexico mara ke pusingan kedua meskipun Sweden menewaskan lawannya itu 3-0. - Reuters

Sumber BH