'Carilah mayat aku...'

'Carilah mayat aku...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Carilah mayat aku...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Carilah mayat aku...'
Link Artikel/Video : 'Carilah mayat aku...'

Baca juga


'Carilah mayat aku...'


“SAYA ingat dia main-main, tak sangka perbalahan kecil sampai dia bertindak sebegitu,” kata wanita berusia 31 tahun kepada anggota polis sebaik menemui mayat suaminya tergantung di dahan sebatang pokok di kawasan hutan dekat Kampung Serdang, Dungun, petang hari ini.

Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui tergantung pada dahan pokok setinggi 10 meter pada 3.45 petang.

Wanita terbabit mengakui berlaku pergaduhan mulut antara dia dan suaminya berhubung masalah rumah tangga pada 5.30 petang, 21 Jun lalu.

Katanya, selepas pergaduhan itu, suaminya keluar dari rumah dengan memandu van milikya.

“Sebelum keluar, suami ada berpesan kepada saya, ‘mu pergi ambil van kat Kampung Serdang dan mu carilah mayat aku di kawasan tu’.

“Saya ingat dia bergurau sehinggalah pada 10 pagi 26 Jun, saya terima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan menemui van milik suami di situ,” katanya.

Wanita itu berkata, sejam selepas itu dia pergi ke kawasan berkenaan dan hanya menemui van suaminya.

Menurutnya, dia mencari di kawasan sekitar, namun tidak menemui suaminya, sebaliknya hanya menemui kad nikah mereka dan kad pengenalan suami sebelum pulang ke rumah.

Katanya, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 9 pagi hari ini kerana bimbang dengan keselamatan suaminya.

Bertindak atas laporan, sepasukan empat anggota dan pegawai diketuai Asisten Superintendan Kamarul Mohamed Salleh melakukan siasatan di sekitar kawasan terbabit pada 3 petang.

Anggota polis yang mengesan bau busuk di situ melancarkan gerakan mencari dan ternampak sehelai kain tuala digantung mangsa sebagai penanda mayatnya ada di situ.

Berpandukan tuala terbabit, anggota polis meredah kawasan hutan itu dan akhirnya menemui mangsa yang hanya memakai seluar jean berwarna hitam tergantung di dahan pokok terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, sepasukan enam anggota dipanggil ke lokasi kejadian untuk menurunkan mayat mangsa.

Katanya, anggota bomba menggunakan tangga dan mayat dibawa turun pada 6.25 petang.

“Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mayat lelaki itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun dan siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber HM