Takziah Abby, Patutlah Lama Menyepi...

Takziah Abby, Patutlah Lama Menyepi... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Takziah Abby, Patutlah Lama Menyepi..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Takziah Abby, Patutlah Lama Menyepi...
Link Artikel/Video : Takziah Abby, Patutlah Lama Menyepi...

Baca juga


Takziah Abby, Patutlah Lama Menyepi...


KUALA LUMPUR - Selepas sebulan mengalami batuk berdarah, demam, darah tinggi dan cirit birit, Abby Abadi akhirnya terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan sejak kelmarin.

Pelakon dan bekas ahli kumpulan Elite itu berkongsi berita berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Abby, dia sudah cuba untuk mendapatkan rawatan dengan mengambil dua botol ubat batuk, namun batuknya tidak juga hilang malah ditambah dengan penyakit lain.

“Allah bagi rehat kejap setelah sebulan batuk berkahak, berdarah, demam on off, darah tinggi dan cirit birit.

“Mula-mula ingat boleh baik sendiri, makan ubat batuk sudah dua botol tapi tak hilang-hilang juga batuk ni. Doakan agar saya dapat jaga diri, jaga badan dan jaga makan lepas ini,” tulisnya.

Tambah Abby lagi, berat badannya juga turun 1 kilogram (kg) disebabkan sakit berterusan selama sebulan yang dialaminya itu.

Dalam pada itu, bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza juga datang melawat pelakon yang popular dengan drama Gerak Khas itu.

Sumber- K! ONLINE