Anggota Rela dipukul tolak bayaran pampasan Datuk Seri

Anggota Rela dipukul tolak bayaran pampasan Datuk Seri - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Anggota Rela dipukul tolak bayaran pampasan Datuk Seri, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Anggota Rela dipukul tolak bayaran pampasan Datuk Seri
Link Artikel/Video : Anggota Rela dipukul tolak bayaran pampasan Datuk Seri

Baca juga


Anggota Rela dipukul tolak bayaran pampasan Datuk Seri

Ahli perniagaan keluar dari mahkamah hari ini. 
 
AMPANG - Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Seri Liow Soon Hee yang menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah tokong tahun lalu akan diteruskan di Mahkamah Majistret di sini selepas ketiga-tiga mangsa menolak bayaran pampasan yang ditawarkan.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Soon Hee memberitahu, pihak Rela tidak berminat mengambil bayaran pampasan dan apa-apa tawaran selepas surat representasi mengenainya dibuat pada akhir bulan lalu.

"Jawapan Rela (tidak mahu pampasan) itu juga telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara. Justeru saya mohon mahkamah meneruskan bicara," katanya pada sebutan semula kes itu sebentar tadi.

Bagaimanapun dalam prosiding berkenaan jumlah pampasan itu tidak dinyatakan.

Turut berada dalam prosiding itu peguam pemerhati Rela, Datuk Micheal Wong yang  mengesahkan berhubung jawapan Rela itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 5,6 dan 7 September ini bagi perbicaraan kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim.

Sumber-- K! ONLINE