Balu Nazrin bidas siasatan bomba, ini sebabnya!

Balu Nazrin bidas siasatan bomba, ini sebabnya! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Balu Nazrin bidas siasatan bomba, ini sebabnya!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Balu Nazrin bidas siasatan bomba, ini sebabnya!
Link Artikel/Video : Balu Nazrin bidas siasatan bomba, ini sebabnya!

Baca juga


Balu Nazrin bidas siasatan bomba, ini sebabnya!

KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Nazrin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, membidas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berhubung siasatan kejadian berkenaan.

Samirah Muzaffar berkata, pihak keluarga tidak diberikan sebarang maklumat berkaitan siasatan kes membabitkan arwah suaminya.

Katanya, laporan polis juga sudah dibuat terhadap proses siasatan dan barangan yang hilang selepas kejadian itu selain turut menulis surat kepada JBPM meminta sebarang maklumat terkini berkaitan siasatan namun masih tidak dimaklumkan sehingga kini.

“JBPM memaklumkan kepada saya laporan siasatan tidak boleh diserahkan kepada keluarga kerana kes Nazrin adalah kes berprofil tinggi. Saya menulis sekali lagi untuk merayu supaya diberikan salinan laporan itu memandangkan saya rasa tiada peruntukan undang-undang menghalang keluarga untuk mengakses laporan berdasarkan profil kes.

“Bagaimanapun, sehingga kini tidak kurang empat kenyataan sudah dibuat kepada pihak media oleh JBPM berkenaan tragedi ini. Malah pihak JBPM juga mendakwa saya mengambil alih premis kediaman terbabit, khususnya bilik yang menjadi lokasi kejadian pada 14 sehingga 19 Jun yang tidak benar sama sekali.

“Selepas jam 5 petang pada hari kejadian, keluarga dimaklumkan boleh masuk ke dalam bilik serta membersihkan bilik berkenaan, namun JBPM mengeluarkan surat bertarikh 14 Jun pada 19 Jun. Tindakan yang boleh dianggap melanggar prosedur itu membuatkan kami hilang keyakinan terhadap pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Samirah turut mempersoalkan percanggahan fakta dalam laporan media dan kenyataan rasmi daripada JBPM dengan dengan laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Ogos lalu yang dimilikinya.

“Laporan berkenaan menyebut suami saya mengalami mengalami kecederaan akibat penembusan tumpul di kawasan parietal kiri yang dikaitkan dengan tahap kecederaan kepala yang teruk.

“Turut ditemui adalah kesan kecederaan akibat penembusan tumpul yang lebih kecil di bahagian muka, leher, dada, bahu kiri, belakang tangan kiri yang menunjukkan pola kecederaan akibat serpihan, dan laporan itu mengesahkan bahawa punca kematian suami saya adalah akibat komplikasi letupan dan kecederaan penembusan tumpul.

“Bedah siasat yang dilakukan oleh ahli patologis kanan di HKL itu mengesahkan punca kematian suami saya dan tiada tertulis di dalam laporan bedah siasat itu mengenai kesan petrol di kepalanya atau di bahagian badan yang lain,” katanya.

Samirah berkata, Nazrin juga tidak mengambil sebarang ubat dan perkara itu juga disahkan dalam laporan bedah siasat yang menyebut tiada sebarang dadah, bahan asing atau alkohol ditemui.

“Saya dan keluarga sudah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan kami mahu episod tragis ini diselesaikan dengan segera.

“Seperti yang diketahui ramai, suami saya hidup dengan penuh integriti, jujur dan profesional dan saya meminta siasatan berhubung kematiannya juga dapat dijalankan dengan beretika, telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Sumber BH