Tengkuk lebam ditampar guru

Tengkuk lebam ditampar guru - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tengkuk lebam ditampar guru, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tengkuk lebam ditampar guru
Link Artikel/Video : Tengkuk lebam ditampar guru

Baca juga


Tengkuk lebam ditampar guru

KUALA LUMPUR: Seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat dipukul seorang cikgu di sekolahnya.

Menurut sumber, kecederaan itu disedari ibu mangsa ketika mengambil mangsa di rumah neneknya di Kampung Padang, Hulu Langat, petang semalam.

“Ketika menjemput mangsa kira-kira jam 4 petang, ibunya terkejut melihat kesan lebam yang teruk di bahagian tengkuk kanan anaknya.

“Apabila ditanyakan mengenai kecederaan itu, mangsa berkata dia ditampar seorang gurunya pada Jumaat lalu, malah turut memberitahu nama cikgu terbabit.

“Ibunya yang berang terus ke pejabat guru besar dan memaklumkan kejadian berkenaan sebelum hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Sumber BH