Tajuk : 'Pasal apa nak guna tandas kami?'
Link Artikel/Video : 'Pasal apa nak guna tandas kami?'
'Pasal apa nak guna tandas kami?'
KOMUNITI orang kurang upaya (OKU) di Alor Setar menggesa Kerajaan Persekutuan menilai semula cadangan golongan transgender menggunakan tandas OKU yang disifatkan merampas hak mereka.
Bagi OKU berkerusi roda, Abdul Malik Said, 35, berkata, kenyataan itu sedikit sebanyak mengguris hati mereka selepas kebanyakan premis dan bangunan gagal memenuhi kemudahan untuk mereka.
“Jika kami tidak diberi kemudahan secukupnya tapi janganlah rampas hak kami pula, gunalah tandas lelaki dan wanita mengikut fitrah asal,” katanya yang ditemui, hari ini.
Bagi OKU wanita, Siti Nor Azizah Abdul Aziz, 29, berkata, dia bimbang sekiranya komuniti yang "sempurna sifat" itu, memberi ancaman keselamatan buat mereka.
Katanya, tandas OKU hanya akan dikongsi oleh lelaki dan wanita OKU tetapi bukan dengan lelaki yang sihat dan kuat.
“Saya tidak setuju dengan cadangan kerajaan, saya seorang wanita yang kurang upaya dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain, jika mahu berkongsi dengan 'lelaki', saya rasa tidak selamat.
“Sekiranya wanita normal sendiri boleh meluahkan rasa bimbang mengenai transgender menggunakan tandas mereka. Bagaimana dengan kami, tentu kami lebih bimbang berbanding orang normal,” katanya.
Amin Ridzuan Che Mohamad, 31, pula berkata, kerajaan harus lebih tegas dalam menangani isu transgender berikutan mereka hanya mempunyai masalah naluri yang kemudiannya dizahirkan menerusi watak, pakaian dan fizikal mereka.
"Malaysia yang diuar-uarkan sebagai negara Islam, adalah lebih baik mengikut landasan yang ditetapkan agama dan pasti masalah itu dapat diselesaikan tanpa "mengorbankan" keistimewaan komuniti OKU," katanya.
NSTP semalam melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menyarankan golongan transgender menggunakan tandas OKU sebagai pilihan ketika berada di tempat awam sementara kerajaan berusaha mengatasi isu berkenaan.
Sumber HM