Mayat dua beradik berpelukan

Mayat dua beradik berpelukan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mayat dua beradik berpelukan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mayat dua beradik berpelukan
Link Artikel/Video : Mayat dua beradik berpelukan

Baca juga


Mayat dua beradik berpelukan

MEMILUKAN apabila dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Hilir, Lingga di Sri Aman, 4 petang hari ini.

Lebih menyayat hati, mayat Zulkarnain Ajizul, 5, dan adik bongsunya, Zulfadli, 2, ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah runtuhan rumah berkenaan.

Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam rumah yang terbakar.

Kakak mereka yang berusia lapan tahun pula turut melecur.

Sumber memberitahu NSTP, beberapa jiran cuba membantu menyelamatkan dua kanak-kanak berkenaan, namun gagal kerana api terlalu marak.

“Jiran sedaya upaya membantu, namun api terlalu marak dengan beberapa bahagian rumah mula runtuh. Sayu mendengar tangisan dan jeritan mereka meminta tolong sebelum 'sepi'.

“Semoga Allah merahmati dua anak syurga ini," katanya.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikerahkan ke lokasi.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, hampir sebahagian struktur rumah musnah terbakar.

“Maklumat dari ibu kepada kanak-kanak tersebut semasa kejadian kedua-dua anaknya yang berumur dua dan lima tahun sedang tidur dan dia sempat menyelamatkan anak perempuan beliau yang berusia lapan tahun.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.28 petang," katanya.

Beliau berkata, mayat dua beradiak itu dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

Menurutnya, punca kebakaran dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Sumber HM