Dipercayai meteor jatuh, langit terang di Kota Belud

Dipercayai meteor jatuh, langit terang di Kota Belud - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dipercayai meteor jatuh, langit terang di Kota Belud, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dipercayai meteor jatuh, langit terang di Kota Belud
Link Artikel/Video : Dipercayai meteor jatuh, langit terang di Kota Belud

Baca juga


Dipercayai meteor jatuh, langit terang di Kota Belud

Gambar cahaya yang dirakam penduduk tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.

KOTA KINABALU - Para penduduk di beberapa daerah khususnya di Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau panik selepas dikatakan terdengar bunyi dentuman kuat malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 11.30 malam tersebut segelintir individu mendakwa bunyi letupan berkenaan berpunca daripada meteor yang terjatuh lalu meletup di sekitar daerah Kota Belud.

Berdasarkan rakaman suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, saksi menceritakan detik melihat kehadiran meteor dan langit menjadi terang kira-kira empat saat sebelum meteor tersebut dipercayai terjatuh di Kota Belud.

Secara ringkas meteor (tahi bintang) adalah cahaya terang yang melintasi langit pada waktu malam dengan pantas dan secara tiba-tiba.

Dalam pada itu, segelintir pihak mendakwa bahawa letupan itu berkemungkinan berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan syarikat Petronas di sekitar Inanam dekat sini.

Bagaimanapun, menerusi notis Petronas kerja penyelenggaraan terbabit dijadualkan bermula pada 24 hingga 29 Ogos depan, bukannya hari ini.

Sementara itu, setakat pukul 12 tengah malam tadi Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Sabah dan pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Negeri Sabah belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian letupan tersebut.

Sumber - K! ONLINE