Makkah mungkin banjir

Makkah mungkin banjir - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Makkah mungkin banjir, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Makkah mungkin banjir
Link Artikel/Video : Makkah mungkin banjir

Baca juga


Makkah mungkin banjir

RIYADH: Jabatan Kaji Cuaca Arab Saudi mengumumkan kemungkinan berlaku banjir di Makkah semalam susulan hujan pada tahap sederhana dan lebat, lapor akhbar Al Akhbariya.

Pihak berkuasa meramalkan cuaca tidak stabil yang meliputi Makkah, Mina dan Arafah akan berterusan sehingga malam semalam.

Hujan turun ketika dua juta umat Islam berada dalam khemah di Mina untuk menyambut Hari Tarwiyah.

Tiada amaran dikeluarkan kerana bimbangkan keselamatan jemaah Haji yang akan meninggalkan Arafah menjelang subuh semalam.

Imej dan video akhbar Al Arabiya di media sosial menunjukkan kelambu Kaabah, Kiswah, tertanggal disebabkan angin kencang di Makkah petang kelmarin.

Musim haji dikawal ketat pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah. — Agensi

Sumber BH