Lelaki suka raba payudara wanita dicekup

Lelaki suka raba payudara wanita dicekup - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lelaki suka raba payudara wanita dicekup, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lelaki suka raba payudara wanita dicekup
Link Artikel/Video : Lelaki suka raba payudara wanita dicekup

Baca juga


Lelaki suka raba payudara wanita dicekup

KAMPUNG GAJAH: Seorang lelaki yang mempunyai perangai pelik menunggang motosikal untuk mencabul kehormatan wanita di beberapa lokasi di sekitar kawasan di sini sejak beberapa minggu lalu, akhirnya berjaya ditahan.

Modus operandi suspek yang berusia 33 tahun dan masih bujang itu ialah mencari wanita yang berjalan seorang diri lantas mendekatinya dan meraba payudara mangsa sebelum memecut laju motosikalnya.

Suspek ditahan pada jam 10.30 malam di rumahnya di Seberang Perak, di sini, pada 12 Ogos lalu, selepas dipercayai mencabul kehormatan beberapa wanita berusia antara 18 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 18 tahun mendakwa dicabul oleh seorang lelaki menaiki motosikal pada 6 Ogos lalu.

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kolej Komuniti Pasir Salak Felcra Changkat Lada menghala ke Kampung Sungai Timah melalui Jalan Felcra Changkat Lada–Ulu Dedap.

"Sebaik tiba di jalan berhampiran Jalan Kelisa 1, Seberang Perak, seorang lelaki menaiki motosikal jenis Lagenda berwarna merah datang arah belakang dan terus meraba bahagian kanan payudara mangsa sebelum memecut laju," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata, siasatan lanjut mendapati beberapa siri kejadian sama dipercayai dilakukan lelaki serupa membabitkan beberapa wanita di sepanjang jalan di kawasan Felda Changkat Lada–Seberang Perak.

"Risikan polis mendapati sehingga kini seramai enam saksi wanita turut mengalami nasib sama namun tidak membuat laporan polis berikutan malu dan trauma dengan kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya menahan suspek dan dia direman selama seminggu sejak 12 Ogos hingga semalam untuk tindakan lanjut.

Katanya, kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan pendakwaan dilakukan di Mahkamah Sesyen Ipoh serta Mahkamah Majistret Parit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber BH