Solat seru nama guru

Solat seru nama guru - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Solat seru nama guru, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Solat seru nama guru
Link Artikel/Video : Solat seru nama guru

Baca juga


Solat seru nama guru

Kuala Lumpur: Solat hanya sekali dalam sehari, tiada batasan waktu dan tidak perlu menghadap arah kiblat selain memulakan solat dengan seruan memanggil nama guru.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan ajaran ini turut menyifatkan al-Quran sudah dicemari dan semua pengikut diarahkan menghapuskan serta melupakan segala isinya.

Itu kesesatan sebuah kumpulan dikenali ajaran Yayi yang dipercayai mula berkembang di Singapura dan fahaman songsang terbabit menyusup masuk ke Johor.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (JFNJ) memutuskan ajaran Yayi yang diasaskan seorang wanita warga Singapura, Farida Jayus sebagai menyeleweng dan terkeluar daripada landasan Islam.

Menerusi keputusan berkenaan, sebarang bentuk penyebaran ajaran ini perlu disekat dan umat Islam wajar menjauhi ajaran berkenaan yang jelas bertentangan dengan pegangan Islam serta ikutan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

JFNJ menyeru orang awam yang mengikuti kumpulan itu bertaubat dan meninggalkan ajarannya kerana ia jelas songsang berikutan menolak al-Quran yang mereka anggap sudah dicemari.

Pada masa sama, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat keputusan bahawa amalan menerusi ajaran Yayi melanggar syariat Islam dan umat Islam diminta menjauhkan diri daripada kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, pihak berkuasa agama republik itu tidak dapat menahan pengasas ajaran itu namun pemantauan masih dilaksanakan.

Perkara itu didedahkan seorang pengadu susulan laporannya kepada MUIS dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), baru-baru ini.

Pengadu berkenaan yang dikenali sebagai Amin dalam aduannya berkata, ajaran berkenaan bukan saja meruntuhkan akhlak malah mendesak pengikut membuat sumbangan tetap untuk membiayai gerakan songsang mereka.

“Ada pengikut bercerai-berai, malah ada isteri menggunakan sihir penunduk kepada suami. Ini saya peroleh daripada beberapa bekas pengikut mereka.

“Bekas pengikut mereka berjumpa saya dan menunjukkan beberapa klip video termasuk ritual solat yang perlu diamalkan pengikut ajaran terbabit,” katanya.

Menurutnya, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui solat mereka hanya berdiri tegak tanpa ada rukuk, sujud dan beberapa pergerakan solat lain seperti dalam Islam.

Katanya, pengikut ajaran itu mempunyai anggapan bahawa ketua mereka adalah jelmaan Tuhan dan mereka turut mengubah suai rukun dalam solat termasuk lafaz dua kalimah syahadah.

“Bacaan di dalam solat ajaran ini disusun ketua mereka yang dipanggil dengan nama Yayi dan pengikut diwajibkan melupakan surah atau doa yang dihafal.

“Saya mengemukakan aduan ini kerana bimbang segelintir masyarakat tertarik dengan kumpulan itu sedangkan apa yang dibawa ketua mereka bertentangan dengan Islam,” katanya.

Sumber HM