Salina berat hati berkemban setiap masa

Salina berat hati berkemban setiap masa - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Salina berat hati berkemban setiap masa, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Salina berat hati berkemban setiap masa
Link Artikel/Video : Salina berat hati berkemban setiap masa

Baca juga


Salina berat hati berkemban setiap masa

GARA-GARA memerlukan aktres ini untuk berkemban sepanjang masa dalam filem, pelakon Salina Saibi terpaksa menolak tawaran filem berkenaan.

Sebagaimana dilaporkan dalam mStar Online, Salina, 36, membuat keputusan itu selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suaminya.

"Saya ada menerima tawaran berlakon untuk sebuah filem epik dua bulan lalu. Pada mulanya memang sangat teruja.

"Tapi bila berborak dengan pihak produksi memberitahu dalam filem itu saya perlu berkemban setiap masa dan ada babak mandi air terjun saya jadi berat hati.

"Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami, saya terpaksa menolak tawaran tersebut.

Biarpun mengakui dia pernah berpakaian menjolok mata, namun Salina yang sudah berkeluarga tetap menjaga batasnya.

"Sebenarnya saya dah lama tak berlakon filem dan bila dapat tawaran itu sudah tentu rasa teruja.

"Tapi nak buat macam mana, pakaian itu terlalu seksi. Memanglah saya ada berpakaian seksi tapi tidaklah sampai mahu berkemban.

"Saya pun sudah berkeluarga dan ada anak perempuan. Saya tidak mahu gadaikan maruah demi nak berlakon filem," jelasnya.

Sumber SH