Lepas rindu tatap gambar perkahwinan

Lepas rindu tatap gambar perkahwinan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lepas rindu tatap gambar perkahwinan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lepas rindu tatap gambar perkahwinan
Link Artikel/Video : Lepas rindu tatap gambar perkahwinan

Baca juga


Lepas rindu tatap gambar perkahwinan

KOTA BHARU: “Sudah hampir dua minggu saya tidak melihat wajahnya dan hanya gambar perkahwinan kami menjadi pengubat rindu kepada isteri ketiga saya,” kata peraih getah yang berkahwin dengan budak warga Thai berusia 11 tahun Jun lalu.

Menurut peraih getah berusia 41 tahun itu, perasaan rindu kepada isteri mudanya yang dikenali sebagai Ayu melanda dirinya selepas isterinya itu pulang ke Thailand baru-baru ini.

Katanya, perasaan itu jadi bertambah mendalam hari ini ketika semua orang menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Walaupun saya dapat berbual dengannya melalui telefon minggu lalu, perasaan rindu terhadapnya tetap ada dan saya hanya berupaya menatap gambar perkahwinan kami yang ada dalam simpanan saya,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Peraih getah itu berkata, dalam perbualan mereka isterinya memaklumkan kepadanya bahawa beliau sihat dan gembira berada di sana.

“Isteri saya meminta saya supaya tidak bimbang mengenai keselamatannya kerana kedua ibu bapanya berada dekat dengannya walaupun beliau sekarang di bawah jagaan kementerian sosial Thailand.

“Beliau juga memaklumkan kepada saya bahawa hari ini kedua ibu bapanya akan membawa beliau pulang ke kampung halaman mereka di Narathiwat,” katanya.

Peraih getah itu bagaimanapun berkata beliau tidak bercadang untuk berjumpa dengan isterinya itu pada masa terdekat ini.

Beliau juga meluahkan rasa dukacitanya kerana akibat daripada isu perkahwinannya dengan budak 11 tahun itu menjadi punca kerajaan menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.

“Dalam hal ini, saya rasa bersalah kerana semua orang terkesan disebabkan isu perkahwinan saya hingga mendorong kerajaan menaikkan had umur perkahwinan di negara ini kepada 18 tahun,” katanya.

Sementara itu, isu perkahwinan pasangan itu yang bernikah di Kampung Padang Nyor, Munduk dekat Sungai Golok, Thailand mendorong Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) memperketatkan syarat berkahwin kepada pasangan dari Malaysia terutama mereka yang ingin berpoligami.

Menurut sumber, arahan itu dikeluarkan kepada semua kadi bertauliah dalam satu perjumpaan di pejabat MAIN bulan lalu.

“Selepas ini, mana-mana pasangan dari Malaysia yang ingin menggunakan khidmat kadi bertauliah untuk berkahwin perlu menyerahkan semua dokumen berkenaan termasuk surat kelulusan untuk berpoligami dari pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum akad nikah dijalankan.

“Ini bagi memastikan tiada lagi masalah timbul selepas itu,” kata sumber berkenaan.

Isu perkahwinan peraih getah bersama pasangannya mendapat liputan meluas media selepas mereka berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor 18 Jun lalu.

Sumber BH