Ronaldo akhirnya dedah rahsia sertai Juventus

Ronaldo akhirnya dedah rahsia sertai Juventus - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ronaldo akhirnya dedah rahsia sertai Juventus, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Sukan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ronaldo akhirnya dedah rahsia sertai Juventus
Link Artikel/Video : Ronaldo akhirnya dedah rahsia sertai Juventus

Baca juga


Ronaldo akhirnya dedah rahsia sertai Juventus

MILAN: Cristiano Ronaldo mendedahkan keputusan meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus mudah kerana sasarannya adalah menjadi pemain kedua menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berbeza.

“Saya mahu memenangi Liga Juara-Juara bersama Juventus dan akan melakukan apa saja untuk memenanginya,” kata penyerang bintang berusia 33 tahun itu dalam temuramah bersama penyiar DAZN.

Bintang Portugal itu sudah memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara yang juga satu rekod dengan empat daripadanya bersama Real selain Manchester United.

Satu lagi gelaran bersama gergasi Itali, Juventus akan membawanya setaraf legenda Belanda, Clarence Seedorf, yang menjadi satu-satunya pemain memenangi gelaran liga elit Eropah itu bersama tiga kelab berbeza.

Seedorf memenangi empat gelaran Eropah bersama Ajax, Real dan dua kali bersama AC Milan di antara tahun 1995 dan 2007.

“Kami fokus mengenainya, bersama rakan sepasukan saya, tetapi tanpa sebarang rasa obses. Kami akan mengharunginya selangkah demi selangkah dan melihatnya, jika ia berlaku tahun ini, tahun depan atau tahun berikutnya,” kata Ronaldo yang bersetuju menjadi duta antarabangsa DAZN dengan kontrak dua setengah tahun.

“Objektif untuk kelab adalah memenangi Serie A, Piala Itali dan sudah tentu melakukan yang terbaik dalam Liga Juara-Juara.”

Juara tujuh kali Serie A, Juventus sudah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara pada 1985 dan 1996 tetapi menamatkan saingan selaku naib juara dua kali sejak empat musim lalu.

Ronaldo menerima penghormatan daripada peminat di Turin apabila dia menjaringkan gol menarik di Stadium Allianz ketika beraksi bersama Real musim lalu.

“Perincian yang kecil menjadi perbezaan yang besar pada akhirnya, jadi... Saya boleh katakan apa yang saya lihat di dalam stadium membantu (perpindahan),” kata Ronaldo.

“Dan sudah tentu, apabila orang mula bertepuk tangan kepada saya di stadium, saya rasa seperti ‘wow’. Ia betul-betul mengejutkan saya kerana ia tidak pernah berlaku dalam hidup saya, jadi ia tempoh yang menakjubkan,” kata pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu.

“Saya amat gembira, pasukan ini kuat dan Juve, seperti semua orang tahu, adalah salah satu kelab terbaik di dunia. Saya terkejut dalam cara yang positif, kami berlatih dua kali sehari. Saya gembira dengan latihan, mentaliti mereka.

“Mereka mempunyai kaedah yang istimewa, mereka amat profesional dan saya merasa amat bagus.” - AFP

Sumber BH