Misteri kehilangan kanak-kanak terjawab

Misteri kehilangan kanak-kanak terjawab - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Misteri kehilangan kanak-kanak terjawab, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Misteri kehilangan kanak-kanak terjawab
Link Artikel/Video : Misteri kehilangan kanak-kanak terjawab

Baca juga


Misteri kehilangan kanak-kanak terjawab

AMPANG - Keresahan sepasang suami isteri mengenai kehilangan anak lelakinya yang berusia 12 tahun berakhir selepas kanak-kanak tersebut berjaya ditemui semalam.

Menurut dakwaan, Muhammad Ikhwan Haiqal Nohazuwan telah mengikuti rakannya ke kafe siber kira-kira pukul pukul 5 petang sebelum ditahan sebuah van berwarna putih berhampiran Masjid Muadz Jabal pada Jumaat lalu.

Bapa mangsa, Norhazuwan Noorizan, 39, ketika dihubungi memberitahu, selepas berita kehilangan anaknya tersebar luas di laman sosial, seorang individu telah menghubunginya dan memberitahu mengenai penemuan anak mangsa.

“Sebaik menerima panggilan berkenaan, saya telah menyuruh individu berkenaan memberitahu lokasi anak saya ditemui sebelum saya bergegas ke sana.

“Saya bersyukur, anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditanya mengenai kejadian tersebut berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut dan menyangkal dakwaan kanak-kanak berkenaan diculik.

“Anak ketiga daripada empat adik beradik itu telah selamat pulang ke rumah selepas dipercayai pergi ke rumah rakannya di sekitar Keramat.

“Saya menyangkal dakwaan kanak-kanak tersebut diculik dan berita itu tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber- K! ONLINE