Murid darjah 1 maut tercekik biji rambutan

Murid darjah 1 maut tercekik biji rambutan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Murid darjah 1 maut tercekik biji rambutan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Murid darjah 1 maut tercekik biji rambutan
Link Artikel/Video : Murid darjah 1 maut tercekik biji rambutan

Baca juga


Murid darjah 1 maut tercekik biji rambutan

ALOR SETAR: “Arwah sebelum ini tak berapa suka makan rambutan, tetapi tak sangka hari ini dia makan sehingga meragut nyawanya,” kata Mohd Fairuz Zaiyadi, 37, bapa kepada murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok yang meninggal dunia akibat tercekik buah rambutan petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Muhammad Fahim Ilmi, 7, dikatakan mengambil rambutan di atas meja guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, Changlun, sambil menunggu ibunya selesai bertugas.

Mohd Fairuz yang juga ahli kumpulan nasyid Firdaus, berkata dia sedang bekerja di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok sebelum dihubungi isteri memaklumkan kejadian menimpa anak mereka.

“Isteri saya menghantar anak sulung kami itu ke Klinik Kesihatan Changlun dan doktor berusaha menyelamatkannya termasuk memberi bantuan oksigen namun gagal.

“Ketika itu keadaan dia agak kritikal sebelum disahkan meninggal dunia. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini, malam ini.

Mohd Fairuz berkata, walaupun terkejut dengan kejadian menimpa anak sulung dari tiga beradik itu, dia dan isterinya, Rosnah Ilias, 36, reda dengan apa yang berlaku.

Katanya, jenazah anaknya akan dikebumikan di Nibong Tebal, Pulau Pinang sejurus bedah siasat.

“Tak banyak nampak perubahan pada diri arwah sebelum ini cuma saya agak terkejut apabila dimaklumkan dia makan rambutan kerana sebelum ini dia tidak suka sangat, cuma kadang-kadang saja makan.

“Mungkin ajalnya sudah sampai dan arwah seorang anak yang baik,” katanya.

Mohd Fairuz berkata, Mohd Fahim seorang yang aktif di sekolahnya, malah ketika di tadika, dia aktif dalam kumpulan nasyid.
Sumber BH