Tujuh hari untuk mohon maaf

Tujuh hari untuk mohon maaf - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tujuh hari untuk mohon maaf, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tujuh hari untuk mohon maaf
Link Artikel/Video : Tujuh hari untuk mohon maaf

Baca juga


Tujuh hari untuk mohon maaf

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid diberi masa tujuh hari untuk membuat permohonan maaf berhubung dakwaan beliau kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin menjadi dalang menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada diangkat sebagai perdana menteri.

Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai, Khairul Anuar Ramli membuat gesaan itu, sekiranya wakil rakyat itu gagal mengemukakan bukti terhadap pertuduhan dibuat, beliau meminta Abdullah Sani memohon maaf segera terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim.

“Kita juga mendesak ketua umum (Anwar) mengambil tindakan kepada Abdullah Sani. Jika, beliau (Anwar) gagal mengambil tindakan ianya seolah-olah beliau merestui tindakan wakil rakyat itu,” katanya, pada sidang media, di pekarangan Dun Kedah, di sini, semalam.

Pada 12 Ogos lalu, Abdullah Sani membuat kenyataan beliau mempunyai bukti dan maklumat berhubung dakwaan beliau kononnya Tun Daim menjadi dalang menghalang Anwar daripada diangkat sebagai perdana menteri.

Sumber SH