Hanya tinggal 12 peratus Tanah Rizab Melayu di seluruh negara

Hanya tinggal 12 peratus Tanah Rizab Melayu di seluruh negara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Hanya tinggal 12 peratus Tanah Rizab Melayu di seluruh negara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Hanya tinggal 12 peratus Tanah Rizab Melayu di seluruh negara
Link Artikel/Video : Hanya tinggal 12 peratus Tanah Rizab Melayu di seluruh negara

Baca juga


Hanya tinggal 12 peratus Tanah Rizab Melayu di seluruh negara

Gambar hiasan/

SHAH ALAM - Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara kini hanya tinggal 12 peratus sahaja berbanding 50 peratus yang diperuntukkan kepada kaum melayu sebelum ini.

Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar berkata, penyusutan jumlah tersebut adalah hasil siasatan yang dilakukan oleh Biro Integriti MPM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd. Zaman Khan.

Katanya, kebanyakkan TRM tersebut telah digunakan dalam urusan pengambilan tanah untuk membuat jalan raya contohnya, namun tiada penggantian semula dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Sekiranya, ada penggantian sekalipun berlaku kesepakatan (berunsur keuntungan) antara pegawai terlibat dan tuan tanah yang tidak mahu tanah itu dijadikan sebagai TRM.

"Ini berikutan tanah itu tidak boleh dijual kepada kaum lain. Kalau jual kepada kaum Melayu pula akan murah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi panel konvensyen karamah bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut menjadi panel adalah pengamal undang-undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub. Moderator konvensyen Penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling.

Sehubungan itu, Hanif yang merupakan bekas Ketua Polis Negara memberitahu MPM akan mengaturkan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan perkara tersebut.

Sumber - K! ONLINE