Musa dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas

Musa dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Musa dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Musa dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas
Link Artikel/Video : Musa dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas

Baca juga


Musa dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 6.30 petang tadi kerana mengalami sesak nafas.

Menurut sumber, Musa gagal meneruskan sesi soal siasat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

“Musa terlebih dahulu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan awal selepas gagal meneruskan sesi soal siasat bersama SPRM dan pada pukul 6.30 beliu dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas.

“Ekoran situasi itu pasukan siasatan SPRM belum menyelesaikan sesi mengambil keterangan daripada Musa kerana masalah kesihatan yang dihadapi bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu," katanya.

Terdahulu kira-kira pukul 2.10 petang tadi, Musa dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di sini selepas lebih dua jam memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau meninggalkan ibu pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna perak menggunakan nombor pendaftaran WRJ65.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14.

Tujuan SPRM memanggil Musa untuk mengambil keterangan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Selepas PRU-14 lalu, Jeffrey bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan negeri dan beliau disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan menerima RM20 juta daripada pihak tertentu.

Hari ini akhbar melaporkan Musa merangkap bekas Pengerusi BN Sabah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di hadapan Speaker, Datuk Syed Abas Syed Ali pada pukul 3.33 petang semalam.

Sumber - K! ONLINE