Padah ganggu sarang ular, dua maut dipatuk Ular Belalang

Padah ganggu sarang ular, dua maut dipatuk Ular Belalang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Padah ganggu sarang ular, dua maut dipatuk Ular Belalang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Padah ganggu sarang ular, dua maut dipatuk Ular Belalang
Link Artikel/Video : Padah ganggu sarang ular, dua maut dipatuk Ular Belalang

Baca juga


Padah ganggu sarang ular, dua maut dipatuk Ular Belalang

Ular Belalang
 
MUKAH - Gara-gara dikatakan mengganggu sarang ular dipercayai tedung hitam yang dikenali dengan nama Ular Belalang oleh masyarakat Iban, dua pencari buah asam paya atau kelubi maut dipatuk reptilia berbisa itu di hutan berhampiran Kampung Bedanga dekat sini.

Kejadian berlaku semasa mangsa Stanley Saka, 21, dan Duwat Jabu, 23, bersama rakan mereka Lawrance Jinal, 40, dan seorang budak lelaki mencari buah tersebut di kawasan berkenaan, lewat petang semalam.

Ketika dijumpai pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dibantu ahli keluarga dan penduduk kampung pada 11.16 pagi tadi, kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia manakala Lawrance dijumpai dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitenden Jimmy Panyau berkata Lawrance kemudian dikejarkan ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan.

Beliau berkata berdasarkan rakaman percakapan mangsa yang selamat itu, mereka menjumpai satu sarang ular di bawah sepohon kayu.

“Kedua-dua rakannya yang meninggal dunia dikatakan mengusik sarang tersebut sebelum mereka diserang ular itu sehingga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Lawrance memberitahu dipatuk ular yang digambarkannya berwarna hitam beberapa kali sehingga menyebabkan beliau tidak dapat bergerak.

Jimmy berkata sebelum kejadian kesemua pencari asam paya termasuk budak lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu masuk ke hutan dan keluar lebih kurang tiga jam untuk menghantar hasil ke tepi jalan.

Tiga lelaki dewasa itu kemudian masuk semula ke hutan manakala budak lelaki itu hanya menunggu di tepi jalan tersebut.

Apabila ketiga-tiga mereka tidak keluar dari hutan sehingga 7 malam, budak lelaki tersebut pulang ke rumah dan memaklumkan kepada keluarganya dan laporan polis dibuat pagi tadi, selain gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan, katanya. - Bernama

Sumber SH