Polis sepatutnya suraikan peserta, bukan tangkap

Polis sepatutnya suraikan peserta, bukan tangkap - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Polis sepatutnya suraikan peserta, bukan tangkap, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Polis sepatutnya suraikan peserta, bukan tangkap
Link Artikel/Video : Polis sepatutnya suraikan peserta, bukan tangkap

Baca juga


Polis sepatutnya suraikan peserta, bukan tangkap

SHAH ALAM - Polis sepatutnya boleh menyuraikan peserta Himpunan Pandang ke Sabah yang melibatkan sekumpulan aktivis pelajar di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi dengan cara berdialog dan bukannya menangkap mereka.

Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, langkah itu sesuai dengan sikap kerajaan yang memberikan layanan sewajarnya terhadap peserta perhimpunan aman selepas PH mengambil alih tampuk pemerintahan 9 Mei lalu.

Mengambil contoh perhimpunan seperti yang pernah diadakan di padang bandaran Kota Kinabalu oleh penyokong-penyokong Parti Warisan Sabah selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah sebelum ini, katanya, peserta perhimpunan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk berhimpun.

Selain itu, katanya, layanan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik terhadap mahasiswa yang membuat bantahan terhadap pelantikan beliau sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sepatutnya dijadikan indikator kepada semua pihak dalam melayan peserta demo aman sekiranya ada pada masa akan datang.

"Semua pihak khususnya pihak polis termasuk pihak berkuasa tempatan seperti penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak seharusnya menggunakan cara kasar melayan aktivis pelajar terbabit.

"Justeru pihak polis diminta untuk membebaskan mereka yang telah ditahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan lapan peserta Himpunan Pandang ke Sabah sempena Hari Malaysia ditahan polis di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu jam 11 pagi tadi untuk siasatan.

Aktivis pelajar berkenaan dikatakan menyatakan 10 tuntutan termasuk penyelesaian terhadap isu rakyat tanpa kewarganegaraan di Sabah, keselamatan perairan, isu pendidikan dan kemiskinan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi catatan di Twitternya hari ini berkata, polis memberi jaminan kepadanya bahawa semua peserta itu akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut meminta mahasiswa melaporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sekiranya dikasari pihak polis dan penguatkuasa agar keadilan berhimpun serta bersuara dapat dimartabatkan dan terus dihormati.

"Mahasiswa juga diminta untuk terus bersuara dan tidak perlu takut berbuat demikian, kerana setiap individu warganegara Malaysia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan menurut perkara 10(1)(a) yang memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bersuara," katanya.

Sumber SH