"Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja.." - KJ

"Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja.." - KJ - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk "Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja.." - KJ, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : "Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja.." - KJ
Link Artikel/Video : "Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja.." - KJ

Baca juga


"Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja.." - KJ

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata walaupun kerusi Parlimen berkenaan sukar dimenangi, cabaran tetap perlu diberikan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“UMNO/BN perlu bertanding. Port Dickson bukan kerusi mudah dimenangi tetapi kita perlu menentang politik yang memalukan ini,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut menyindir bahawa Anwar bukan raja untuk ditabalkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson.

“Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, sebelum ini berkata pembangkang tidak perlu meletakkan calon sebaliknya memberi laluan kepada Anwar supaya tiada pertandingan pada PRK Parlimen Port Dickson.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa juga dilaporkan berkata parti itu belum ada kata putus sama ada untuk meletakkan calonnya pada PRK berkenaan dan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti 24 September ini.

Dalam pada itu, Khairy membidas mana-mana ahli UMNO yang menyatakan sokongan dan mahu berkempen untuk Anwar pada pilihan raya berkenaan.

“Tata etika parti jelas, kalau kempen untuk parti lawan, kena buang dari UMNO. Itu bukan lagi meraikan perbezaan pendapat. Itu mengkhianati parti,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata akan berkempen untuk Anwar pada pilihan raya berkenaan malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu tidak menjadi masalah bagi meraikan perbezaan pendapat.

Sumber BH