UMNO mungkin tubuh 'Pakatan Malaysia'

UMNO mungkin tubuh 'Pakatan Malaysia' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk UMNO mungkin tubuh 'Pakatan Malaysia', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : UMNO mungkin tubuh 'Pakatan Malaysia'
Link Artikel/Video : UMNO mungkin tubuh 'Pakatan Malaysia'

Baca juga


UMNO mungkin tubuh 'Pakatan Malaysia'

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tidak menolak kemungkinan akan wujud gabungan baharu membabitkan parti itu, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah dengan PKR bagi membentuk Pakatan Malaysia menggantikan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil akan berlaku dengan berbekalkan formula yang betul dan utuh, mampu membentuk satu gabungan politik yang berupaya memberi tentangan hebat kepada PH.

“Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh “one political coalition against a myriad of political parties”. Maknanya, semua parti politik mempunyai pengaruh dan kepentingan strategik sendiri dalam pembentukan kerajaan. Setiap satunya harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.

“Tidak mustahil untuk UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah, bergabung bersama PKR dan menubuhkan sebuah gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’, bukan lagi ‘Pakatan Harapan’,” katanya menerusi warkah untuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri itu yang mendakwa UMNO sudah musnah dan kerana itu BERSATU ditubuhkan.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, UMNO masih parti terbesar di Parlimen dan mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu.

“UMNO jauh lebih dominan, kuat dan berpengaruh berbanding BERSATU, walaupun sokongan terhadapnya nyata semakin susut. Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus menghidupkan UMNO. Kerana bagi kami, UMNO ini bukan sekadar sebuah parti.

“Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi politik Melayu nan satu-satunya. Apatah lagi pada orang Johor seperti saya. UMNO, bagi orang Melayu Johor, sudah menjadi sebahagian daripada nyawanya,” katanya.

Katanya, UMNO mengerti isyarat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu namun parti itu tidak akan terus pasrah dan berpeluk tubuh sebaliknya akan dirawat dan dipulihkan.

“Itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Kami akan belajar dari kesilapan. UMNO faham pengajaran besar ini dan berhasrat untuk tidak mengulanginya lagi.

Insya-Allah kami akan islahkan UMNO,” katanya.

Sumber BH