Shamsul sedia lepaskan jawatan kabinet sekiranya…

Shamsul sedia lepaskan jawatan kabinet sekiranya… - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Shamsul sedia lepaskan jawatan kabinet sekiranya…, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Shamsul sedia lepaskan jawatan kabinet sekiranya…
Link Artikel/Video : Shamsul sedia lepaskan jawatan kabinet sekiranya…

Baca juga


Shamsul sedia lepaskan jawatan kabinet sekiranya…

PUTRAJAYA - Jawatan dalam Kabinet tidak tergugat sekiranya seseorang calon gagal dalam pemilihan PKR seisi 2018-2021.

Perkara itu tidak timbul kerana kedudukan seseorang menteri dan timbalan menteri di dalam Kabinet adalah atas cadangan parti sebelum ia diputuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, semua pihak perlu mengetahui perbezaan kedudukan dalam parti dan Kabinet.

"Saya fikir tidak timbul soal ini kerana penelitian telah dibuat oleh Mahathir," katanya.

Bagaimana pun, katanya sekiranya parti mahu berbuat demikian, calon nombor 11 Naib Presiden PKR itu tidak mempunyai sebarang bantahan.

"Oleh kerana saya berkhidmat dalam PKR, sekiranya kepimpinan merasakan saya tidak perlu berada di dalam Kabinet, ia tiada masalah," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian baru- baru ini.

Menurutnya, apa yang lebih penting kesetiaannya di dalam parti yang tidak boleh dipersoalkan.

“Soal jawatan bukan suatu perkara yang menjadi keutamaan apatah lagi dalam Kabinet.

“Yang saya tawarkan kepada anggota parti adalah khidmat saya sebagai naib presiden yang disandang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti, rakyat terus mahu melihat PKR lebih mantap, mudah didekati secara berterusan serta barisan kepimpinan yang bersedia berganding bahu demi memastikan harapan dan impian dapat dipenuhi.

“Saya harap kita dapat memberikan suatu pengertian dan kefahaman mendalam apabila fajar baru menyinsing pada 9 Mei lalu, rakyat meletak harapan yang tinggi kepada Pakatan Harapan apatah lagi PKR,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, beberapa kapital politik sedia ada akan digunakan dalam pemilihan parti pada kali ini.

“Misalnya sebelum ini saya memimpin sayap sebagai Ketua Pemuda Keadilan dan sekarang, pemimpin muda sudah berada di peringkat yang tinggi dan mereka ini akan bersama- sama menggembeling tenaga dalam kempen,” katanya.

Sebagai pemimpin akar umbi yang memperjuangkan reformasi sejak 1998 sehingga ada yang menggelarkan sebagai reformis, Shamsul Iskandar komited memastikan agar ahli dan pemilih baru dalam parti menghayati makna perjuangan dan memilihnya.

Menurutnya, sebagai satu pasukan yang cenderung dalam perjuangan parti, mereka akan bersama- sama membantu di antara sama lain.

“Kita sedia maklum naib presiden ada empat tempat sahaja, saya harap pengundi dapat memberi peluang kepada rakan lain seperti Tian Chua, Zuraidah Kamaruddin, Dr Xavier Jayakumar.

“Saya fikir anggota sudah boleh membuat keputusan kerana mereka sudah matang….jadi saya serahkan kebijaksanaan anggota untuk membuat pemilihan,” katanya.

Sumber SH