Ulama tersohor meninggal dunia

Ulama tersohor meninggal dunia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ulama tersohor meninggal dunia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ulama tersohor meninggal dunia
Link Artikel/Video : Ulama tersohor meninggal dunia

Baca juga


Ulama tersohor meninggal dunia

SEREMBAN: Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, di sini, hari ini.

Anak saudaranya, Mohd Tariq Mohd Kamal berkata, ulama tersohor itu meninggal dunia jam 5.30 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Columbia di Oakland, di sini jam 4 petang.

Katanya, Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha, dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru berfungsi pagi semalam.

“Allahyarham dibenarkan keluar hospital sebelum dibawa ke rumah ibunya, Allahyarhamah Esah Abdul Wahab di Kampung Pondok Rasah, namun kami mendapat berita sedih apabila beliau disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam ini.

Mohd Tariq berkata, bapa saudaranya mengidap sakit tua sejak setahun lalu dan jenazah akan disembahyangkan pada jam 12 tengahari, esok.

“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said selepas Zohor,” katanya.

Menurut Mohd Tariq, Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Sumber BH