Terkejut bila Russia dedah peluru berpandu tembak MH17 milik siapa...

Terkejut bila Russia dedah peluru berpandu tembak MH17 milik siapa... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut bila Russia dedah peluru berpandu tembak MH17 milik siapa..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut bila Russia dedah peluru berpandu tembak MH17 milik siapa...
Link Artikel/Video : Terkejut bila Russia dedah peluru berpandu tembak MH17 milik siapa...

Baca juga


Terkejut bila Russia dedah peluru berpandu tembak MH17 milik siapa...

MOSCOW: Tentera Russia berkata hari ini, peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, mengorbankan kesemua 298 penumpang di dalamnya, datang daripada senjata milik tentera Ukraine, bukan Moscow.

Pesawat itu ditembak jatuh peluru berpandu buatan Soviet di kawasan dikawal pemberontak di timur Ukraine pada Julai 2014, sejauh 40 kilometer dari sempadan Russia, di mana pertempuran berlanjutan selama beberapa bulan antara tentera Ukraine dan pemisah disokong Russia, lapor agensi Associated Press (AP).

Mei lalu, Netherlands dan Australia mengumumkan, mereka percaya, peluru berpandu itu dipindahkan ke Ukraine dari satu unit tentera di bandar Kursk, Russia.

Russia menafikan sekeras-kerasnya pembabitan negara itu dan selama bertahun muncul dengan pelbagai teori berkaitan puncah nahas, secara umumnya meletakkan kesalahan itu di pihak Ukraine.

Ketua Direktorat Artileri dan Peluru Berpandu Kementerian Pertahanan Russia, Leftenan Jeneral Nikolai Parshin memberitahu media hari ini, tentera sudah mengkaji dan mengubah status arkib di pusat penyelidikan di luar ibu kota ini yang menghasilkan peluru berpandu Buk selepas penyiasat Belanda memaparkan bahagian peluru berpandu dan nombor sirinya.

Parshin berkata, arkib Russia menunjukkan peluru berpandu yang dibuat daripada bahagian itu dipindahkan ke sebuah unit tentera di barat Ukraine pada 1986 dan pada pengetahuan Russia tidak pernah meninggalkan Ukraine.

Ditanya mengenai kemungkinan pemisah mungkin merampas sistem peluru berpandu ketika pertempuran pada 2014, jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Igor Konashenkov mengakui, Russia tidak memiliki sebarang dokumen membuktikan perkara sebaliknya, namun menunjukkan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang menafikan pemisah merampas mana-mana peluru berpandu Buk milik mereka.

Pasukan Siasatan Bersama, ditubuhkan negara yang hilang rakyatnya dalam nahas MH17 dalam satu kenyataan berkata, ia ‘mengambil perhatian’ mengenai maklumat didedahkan tentera Russia hari ini.

Penyiasat berkata, mereka meminta Russia maklumat berkaitan nombor siri namun tidak menerima balasan.

Beberapa minggu sebelum nahas, pemisah bercakap besar di media sosial mengenai menembak jatuh pesawat tentera Ukraine. Pada hari nahas MH17, seorang komander pemberontak menulis, tenteranya menembak jatuh sebuah pesawat tentera Ukraine.

Beliau kemudian berkata, akaunnya digodam dan pemberontak tidak menembak jatuh sebarang pesawat pada hari itu. -Agensi

Sumber BH