Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel

Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Media Sosial, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel
Link Artikel/Video : Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel

Baca juga


Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel

KUALA LUMPUR - “Saya hanya ingin beri penegasan bahawa gambar bogel itu bukan saya,” ujar pelakon Aeril Zafrel apabila disoal tentang tindakannya memadam perkongsian gambar bogel yang miripnya di Instagram.

Aeril atau nama lengkapnya, Suhairil Sunari, 29, berkata, dia sudah mengetahui tentang kewujudan gambar berkenaan sejak kira-kira setahun lalu daripada seorang kenalan.

“Saya memang tidak sangka ia tular dan menjadi topik ‘membawang’ orang ramai di sosial media. Gambar berkenaan sudah saya tahu kewujudannya sejak kira-kira setahun lepas daripada seorang rakan.

“Apabila ditanya tentang kesahihan gambar tersebut oleh seorang wartawan semalam, saya tertawa. Segelintir orang memang suka menabur fitnah tanpa memikirkan soal dosa. Tidak mengapa, saya doakan sahaja yang baik-baik buat mereka yang terlibat menularkan gambar ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya apa reaksi isterinya, Wawa Zainal apabila mengetahui tentang kewujudan gambar tidak senonoh berkenaan, pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu berkata, dia juga ketawa apabila melihat gambar yang tular itu.

“Wawa okey dan ketawa apabila melihat gambar itu. Dia lebih tahu fizikal saya bagaimana. Lagipun, lelaki dalam gambar itu tidak sunat dan terang-terang bukan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Aeril memuat naik gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dalam keadaan bogel dan menampakkan alat sulit di laman sosial Instagram miliknya.

Dia turut bersumpah bahawa individu dalam foto berkenaan bukan dirinya, malah berharap pihak yang membuat fitnah itu menerima balasan Allah.

“Wallahi Watallohi Wabillahi. Itu bukan saya. Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang berterusan berniat atas fitnah ini. Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Sumber Kosmo