Wan Azizah akan letak jawatan

Wan Azizah akan letak jawatan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Wan Azizah akan letak jawatan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Wan Azizah akan letak jawatan
Link Artikel/Video : Wan Azizah akan letak jawatan

Baca juga


Wan Azizah akan letak jawatan

“SAYA tidak akan ada lagi dalam Kabinet kalau beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi Perdana Menteri,” tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, suaminya dijanjikan jawatan itu dan perkara itu sudah sedia maklum dalam kalangan ahli PKR iaitu apabila Anwar diterima sebagai Perdana Menteri, beliau berundur dan melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Beliau Berkata demikian kepada media pada Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan khas untuk beliau sempena 20 tahun penubuhan PKR di Dewan Yuk Yin, di Keningau, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, walaupun ada pihak mendakwa tindakan suaminya kembali ke arena politik sebagai tidak sabar dan tergesa-gesa, itu adalah hak Anwar selepas dinafikan sebelum ini.

Katanya, Anwar terpaksa melalui pelbagai keperitan bukan saja dilucutkan jawatan, malah terpaksa meringkuk di penjara selama 11 tahun.

“Kita selaku ahli parti ini, perlu sentiasa memberi sokongan atas pengorbanannya. Segala pengorbanannya amat besar untuk parti dan rakyat.

“Selain itu harus diingat, kita tidak menang dengan mudah dan selepas menjadi kerajaan, kita perlu melakukan yang terbaik demi rakyat.

“Tidak mustahil kita akan hilang tampuk kepemimpinan negara sekiranya leka dan mengulangi kesilapan seperti kerajaan terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ketika mengulas sama ada keputusan Dr Wan Azizah melepaskan jawatan dalam Kabinet memberi ruang kepadanya untuk kembali ke Parlimen berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan.

Beliau sudah menerangkan kepada pucuk pimpinan parti bahawa tidak akan kembali ke Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Kalaupun ada, keputusan untuk saya kembali itu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, jadi Kak Wan (Wan Azizah) akan kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan,” katanya.

Sumber HM